Saturday, December 11, 2010

Secebis Kisah Aku...

Setelah lama menyepi sedangkan baru satu post saja yang aku buat.. haha.. Semangat tiba-tiba datang apabila melihat blog sahabat-sahabat aku, En Azizi dan En Haslah. Ini pun apabila aku tetiba diserang sakit gatal2 kat badan. Heran juga sebab walau sentiasa mengambil pemakanan kesihatan, tapi kena jugak.. Bagi aku ini hanya sedikit dugaan dari Allah S.W.T.

Inilah sedikit kisahku..... Aku sekarang bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Daerah Bentong. Ini adalah sekolah yang ke 2 yang aku bertugas. Aku mula ditugaskan di sebuah sekolah Felda pada tahun 1994. Di sinilah bermula hidupku sebagai seorang pendidik dan aku bertemu dengan jodohku dengan isteri tercinta pada tahun 1995. Pelbagai peristiwa dan pengalaman yang aku perolehi sepanjang bertugas di sini.

Pada tahun 1997 aku mendapat ilham untuk membuat satu perniagaan walaupun aku tidak mempunyai sebarang pengalaman. Aku hanya mempunyai satu semangat saja... semangat untuk mengubah hidup... Aku membuka sebuah nursery semaian pokok bunga di halaman rumah mentuaku. Modal permulaan sebanyak RM15,000.00. Ketika ini aku sangat seronok... melihat pokok-pokok yang cantik dan sentiasa menjadi sebutan sebab inilah satu-satunya nursery yang ada di Felda tersebut. Jualan pada peringkat awal memang memberansangkan tapi pada penghujung tahun mula merosot dan kesilapan aku adalah tidak pernah mengkaji pasaran.. Aku terpaksa menutup perniagaan.. Hanya 2 tahun sahaja bertahan..

Semangat untuk berubah tidak pernah padam... Aku mula menoreh getah di ladang mentuaku. Tidak pernah seumur hidup aku menoreh sedangkan aku dilahirkan di tanah sawah tapi tidak pernah bergelumang dengan lumpur sawah kerana ayah dan emakku adalah peniaga kedai runcit dan kedai makan. Tapi di sini... aku terpaksa melakukan. Harga getah ketika itu RM0.70 sen sekg. Bermulalah pula aku sebagai seorang penoreh. Pagi aku mengajar, petang aku menoreh. Pengalaman digigit nyamuk, jatuh motor ketika bawa getah adalah perkara biasa.

Ketika ini aku mempunyai sebuah van. Nissan C22.. beli ketika buat nursery. Aku juga membuat perniagaan kecil-kecilan dengan menggunakan van ini. Aku menjual jam dinding.. jualan paling besar, aku berjaya menjual sebanyak 50 buah kepada satu pertubuhan. Aku juga menjual tonik minda yang dibekalkan oleh sahabat aku di Kedah. Jualan paling banyak dan aku kira paling best ialah apabila aku berjaya menjual sebanyak 40 botol kepada sebuah sekolah di daerah Lipis, Pahang.

Tahun 2000 aku membeli sebuah kereta Wira aeroback 1.3cc setelah kasihan melihat isteri yang rasanya tidak patut memandu sebuah van. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengubah hidup.. sebab semangat tidak pernah luntur... Aku juga cuba-cuba jual tudung dan kain, menjual perencah nasi dan menjual barangan syarikat Cosway. Inilah permulaan aku melangkah ke dunia Multi Level Marketing.

Bermula tahun 2001 setiap kali aku pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah. Aku sentiasa dikunjungi oleh sahabat ayahku, Che Kamalluddin atau aku panggil Cik Din. Beliau menceritakan tentang Syarikat Gano Excel, katanya peluang yang ada di syarikat ini memang hebat. Aku hanya mendengar dan buat tak kisah je ketika itu. Melihat kepada kredibiliti beliau ketika itu memang tak boleh diyakini langsung sebab beliau bercerita dapat ribu-ribu tetapi beliau datang ke rumah ayahku dengan menaiki kapcai c70 sahaja. Boleh percaya ke... sedangkan aku pun ketika itu dah ada dua buah kenderaan... masa ni ego aku masih lagi tebal.

Tahun 2003.. bulan Mei aku pulang ke kampung dan sekali lagi aku dikunjungi oleh Cik Din. Seperti biasa dia menceritakan tentang kehebatan Syarikat Gano Excel. Memang Cik Din jenis orang yang tidak pernah putus asa dan seperti biasa aku tak berapa nak kisah.. Tetapi kali ni ayahku juga campur tangan, rupanya ayah dah sign-in ahli Gano Excel. Ayat power yang ayah cakap kat aku... " ayah harap jika hang buat gano ni sungguh-sungguh bolehlah ayah merasa duit bonus dari gano nanti. Tak payah la hang hantar duit tiap2 bulan yang jarang2 hang bagi kat ayah tu"... pergh!!!

Malam esoknya aku bersetuju untuk mendengar ceramah dari seorang guru yang telah berjaya di Syarikat Gano Excel. Beliau ialah Cikgu Jaafar Bin Man, seorang guru kaunselor di sebuah sekolah menengah di Alor Setar, Kedah. Pertama kali mendengar ceramah beliau aku terus terpikat dan rasa teruja yang amat sangat. Aku rasa aku juga boleh berjaya di Gano Excel sebab semangat aku untuk BERUBAH tidak pernah luntur. InsyaAllah aku juga boleh berjaya di Gano Excel...

Inilah secebis kisahku... Aku akan terus kongsikan segala pengalaman yang telah aku lalui sejak dari awal aku bersama Gano Excel...

No comments: